Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beritin Empawi (kiri), Aiwan Alli (tengah) dan ADUN Kalaka, Mohammad Duri ketika ditemui TVS. Foto TVS

Alumni bangga, teruja dapat menyumbang kembali kepada SMK BM Saratok

SARATOK, 30 Jun: Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) BM Saratok berasa teruja dan bangga kerana dapat kembali menyumbang bakti di sekolah  tempt mereka menimba ilmu pengetahuan.

Ditemui TVS selepas Majlis Peluncuran Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK BM Saratok  bekas pelajar, Beritin Empawi yang kini menjawat jawatan selaku Pengetua di SMK Saratok berkata, kejayaan para alumni sekolah itu diharap menjadi pemangkin semangat kepada generasi baharu di Saratok.

“Sebagai seorang bekas pelajar dan juga pendidik di sini suatu masa dulu, saya berasa amat bangga kerana sekokah ini telah meluncurkan sambutan jubli emasnya yang ke-50 tahun. Jadi besar harapan saya, agar kejayaan kami ini akan memberi motivasi kepada generasi baharu di Saratok,” katanya.

Bagi Aiwan Alli yang merupakan kumpulan perintis SMK BM Saratok, terlalu banyak kenangan manis semasa menuntut di sekolah itu suatu masa dahulu dan mengharapkan agar generasi kini turut sama dalam menyerlahkan potensi masing demi diri, sekolah dan negara.

“Terlalu banyak kenangan manis sejak menuntut di sini dari tingkatan satu hingga tingkatan enam bermula tahun 1990.

“Pesan saya kepada generasi kini, cubalah sedaya upaya memaknakan kewujudan SMK BM ini untuk diri kita sendiri, sekolah mahu pun bangsa dan negara,” ujarnya.

Pengetua SMK BM Saratok, Supian Ekeram pula menegaskan bahawa semua bidang harus diambil kira dalam melahirkan pelajar cemerlang.

“Dalam usaha kita melahirkan seseorang pelajar cemerlang, kita tidak seharusnya menumpukan kepada satu-satu bidang sahaja. Tetapi harus memberi tumpuan kepada semua bidang baik dari segi akademik, kokurikulum, personaliti dan sahsiah diri,” katanya.

Sementara bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohammad Duri yang juga penuntut SMK BM Saratok dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga turut berbangga kerana dapat menyumbang kepada pembangunan infrastruktur melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

“Pada usia yang kini mencecah 59 tahun adalah suatu yang amat bermakna bagi saya kerana berpeluang untuk menyumbang kepada sekolah yang amat saya cintakan ini menerusi RTP.

“Ini adalah termasuk dewan di tempat kita berdiri sekarang selain beberapa projek lainnya di bawah ADUN Kalaka,” kata beliau.

SMK BM Saratok ditubuhkan oleh Abang Shokeran Abang Mohidden dan Yusof Arab merupakan sekolah terawal di Sarawak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pada tahun 1975. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan