Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sufian Mohat (duduk, tengah) pada sidang media sempena Mesyuarat Agung di pejabat MDL, hari ini. Foto TVS

50 kios MDL sudah beroperasi, bukan ‘gajah putih’

LIMBANG, 30 Jun: Kira-kira 50 kios milik Majlis Daerah Limbang (MDL) kini telah diisi peniaga, sekali gus menepis dakwaan bahawa kemudahan itu tidak dimanfaatkan dan bakal menjadi projek ‘gajah putih’.

Pengerusi MDL, Kaunselor Sufian Mohat berkata kios berkenaan ditempatkan di beberapa lokasi strategik di daerah ini termasuk di pekan Medamit (lima kios), pekan Tedungan (11 kios) dan selebihnya di sekitar bandar termasuk kawasan berjaja Persatuan Melayu Limbang.

“Kita ingin jelaskan bahawa semua kios ini telah diisi peniaga dan tiada yang kosong.

“Namun, konsep perniagaannya agak berbeza kerana peniaga tidak beroperasi setiap hari, menyebabkan kios tersebut kelihatan seolah-olah tidak digunakan,” katanya pada sidang media sempena Mesyuarat Agung di pejabat MDL, hari ini.

Menurutnya, setakat ini, seramai 30 peniaga masih berada dalam senarai menunggu untuk berniaga di kios berkenaan.

Beliau turut menggalakkan peniaga memanfaatkan ruang kios dengan lebih kreatif bagi menghidupkan kawasan sekitar dan merancakkan ekonomi setempat, khususnya dalam kalangan peniaga kecil.

Kemudahan kios itu dilaksanakan di seluruh negara di bawah projek MyKiosk yang dikendalikan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Tags: mdl, peniaga

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan