Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto AFP

11 maut, 7 cedera dalam runtuhan lombong emas di Sudan

ByBernama

KHARTOUM, 30 Jun: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala tujuh lagi cedera selepas sebuah lombong emas runtuh di timur laut Sudan, menurut Syarikat Sumber Mineral milik kerajaan pada Ahad, lapor Xinhua.

Kejadian berlaku di lombong Kersh Al-Feel yang terletak di kawasan Houeid, menurut kenyataan syarikat itu. Bagaimanapun, tarikh sebenar kejadian tidak dinyatakan.

Syarikat berkenaan memaklumkan bahawa lombong itu sebelum ini telah diarahkan tutup atas sebab-sebab keselamatan.

Dalam kenyataan itu, syarikat turut memberi jaminan akan terus memantau aktiviti perlombongan serta mempertingkatkan piawaian keselamatan. Ia turut menggesa semua pelombong agar mematuhi peraturan keselamatan dan alam sekitar yang ditetapkan.

Perlombongan tradisional menyumbang sebahagian besar kepada pengeluaran emas Sudan, namun sektor ini sering menyaksikan kejadian kemalangan disebabkan tahap keselamatan yang rendah serta kemudahan infrastruktur yang usang.

Menurut data rasmi, seramai 1.5 juta pelombong kecil menyumbang hampir 80 peratus daripada keseluruhan pengeluaran emas Sudan, yang dianggarkan berjumlah sekitar 64 tan pada 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan