Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merakamkan kenangan bersama-sama peserta pada Majlis Penutupan Seminar Kecemerlangan MYSED 2025 di Kuching, hari ini. Foto TVS

Warga MYSED perlu terus kekalkan kecemerlangan

KUCHING, 29 Jun: Warga Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) Sarawak perlu terus mengekalkan momentum kecemerlangan dengan memperkukuh semangat kerjasama, mempertingkat kemahiran serta memperluas ilmu pengetahuan demi memastikan konsistensi kualiti dan prestasi kementerian.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran Seminar Kecemerlangan Sukan dan Karnival Sukan MYSED 2025 merupakan inisiatif untuk menghimpunkan seluruh warga kementerian dalam aktiviti sukan serta sesi sumbang saran berkenaan pelaksanaan misi dan visi kementerian.

“Karnival Sukan MYSED yang diadakan buat julung kalinya ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat malah mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan warga kementerian dan agensi-agensi berkaitan termasuk yang bertugas di luar Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Seminar Kecemerlangan Sukan dan Karnival Sukan MYSED 2025 di Kuching, hari ini.

Seramai 370 warga MYSED dari seluruh Sarawak mengambil bahagian dalam program tiga hari itu yang berlangsung dari 27 hingga 29 Jun melibatkan pelbagai acara sukan seperti tarik tali, pickleball dan petanque.

Pasukan Hornbill Xtroopers dinobatkan sebagai juara keseluruhan Karnival Sukan MYSED 2025.

Naib johan pula dikongsi pasukan KMSS MIidforce dari zon tengah dan pasukan Northern Crocs mewakili zon utara.

Turut hadir Timbalan Menteri MYSED, Datuk Dr Ripin Lamat dan Dato Gerald Rentap Jabu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan