Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) menganjurkan Program Sarawak Rocketeer CAN-SAT Challenge (SRC) buat julung kalinya di Sarawak. Foto TEGAS

TEGAS bawa pelajar Sarawak teroka teknologi angkasa

ByAkma Salleh

KUCHING, 29 Jun: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) mencipta sejarah apabila menganjurkan Program Sarawak Rocketeer CAN-SAT Challenge (SRC) buat pertama kali di Sarawak sebagai inisiatif unik mencetus minat pelajar terhadap teknologi angkasa dan STEM.

Menurut kenyataan TEGAS, program tersebut memberi peluang julung kalinya kepada pelajar untuk mereka bentuk dan melancarkan roket sebenar menjadikannya satu pendekatan pembelajaran praktikal yang belum pernah dilaksanakan di wilayah ini.

“Program ini bermula pertengahan Jun dengan bengkel dan demonstrasi di Hotel Hock Lee dan Politeknik Kuching pada 14 dan 15 Jun sebelum berakhir dengan Rocket Launching Day pada 28 dan 29 Jun di TEGAS Digital Village dan Politeknik Kuching,” menurut kenyataan itu.

Melalui pendedahan intensif, peserta didedahkan kepada asas aerodinamik, reka bentuk roket dan pengaturcaraan pelancar sebelum berpeluang melancarkan roket sebenar setinggi 120 meter.

Seramai 50 pelajar dari 10 sekolah menengah mewakili lima Pejabat Pendidikan Daerah mengambil bahagian dan menjadikan program tersebut platform kerjasama dinamik antara pelajar, pendidik serta industri.

“Pendekatan inovatif ini memperkukuh pendedahan kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi digital Sarawak menerusi generasi celik teknologi,” jelas kenyataan tersebut.

Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama strategik UiTM-MTC High Energy Material Research Laboratory (HEMREL), CENTEXS Sarawak Aerospace Academy, Sarawak Skills, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta lima Pejabat Pendidikan Daerah merangkumi Kuching, Padawan, Samarahan, Serian dan Bau.

Turut memberikan sokongan ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan