Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Joshua bersama-sama pemenang dan penerima hadiah saguhati kategori PUBG sempena penutupan SIESF 2025 di Stadium Tertutup Sibu. Foto TVS

SIESF berpotensi jadi tarikan digital Visit Malaysia 2026

SIBU, 29 Jun: Sibu Esports Festival (SIESF) dicadang dimasukkan dalam senarai rasmi acara kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026) sebagai salah satu usaha memperluas tarikan pelancongan berasaskan digital, kreatif dan belia.

Setiausaha Politik Premier Sarawak, Joshua Ting Fu Ying berkata, cadangan tersebut akan dikemukakan secara rasmi kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Seri Tiong King Sing untuk dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada acara kebangsaan dalam kempen pelancongan tersebut.

“Ini selaras dengan hasrat kementerian untuk memperluas sektor pelancongan digital dan kreatif yang berupaya menarik minat pelancong, mencetus peluang keusahawanan serta memupuk industri belia dan komuniti digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan SIESF 2025 di Stadium Tertutup Sibu, hari ini.

Menurut Joshua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyokong penganjuran acara seperti itu kerana potensinya dalam membangunkan ekosistem industri kreatif negara selain memupuk semangat kesukanan dan nilai disiplin dalam kalangan belia.

“SIESF 2025 menghimpunkan hampir 2,000 peserta dari dalam dan luar negara termasuk dari Thailand dan Semenanjung Malaysia. Ia bukan sekadar kejohanan e-sukan tetapi platform pembangunan komuniti belia dan digital progresif,” ujarnya.

Tambahnya, kejayaan penganjuran festival selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Jun itu juga membuktikan potensi besar Sibu sebagai hab pelancongan sukan digital bagi wilayah tengah Sarawak.

Joshua turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan festival itu termasuk Jawatankuasa Petugas Pelancongan Bahagian Sibu (DTTG) dan Persatuan Sukan Elektronik Bahagian Sibu (SDESA) selaku penganjur utama di samping kerjasama pelbagai kementerian serta agensi Kerajaan Sarawak.

“Kepada semua peserta, kalah atau menang anda tetap juara sebenar atas semangat dan komitmen tinggi dalam e-sukan. Industri ini mempunyai masa depan cerah dan penuh potensi,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan harapan agar festival itu diteruskan pada skala yang lebih besar dan mendapat pengiktirafan rasmi peringkat kebangsaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan