Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan bahagian hadapan kenderaan pacuan empat roda yang remuk teruk selepas bertembung dengan lori tiga tan di Jalan Sindumin, Sipitang. Foto JBPM Sabah

Seorang maut, tiga cedera dalam kemalangan di Sipitang

SIPITANG, 29 Jun: Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori tiga tan bermuatan besi di Jalan Sindumin, petang tadi.

Kemalangan berlaku sekitar jam 3.37 petang di Kampung Lingkungan Ulu melibatkan empat mangsa berusia antara 45 hingga 66 tahun.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang, Sahdan Basar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati berlaku pertembungan antara sebuah kenderaan pacuan empat roda dan lori. Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat,” katanya.

Tiga mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS dan ambulans bagi menerima rawatan lanjut.

Seorang lelaki berusia 45 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi menyelamat yang turut disertai lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lima petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.50 petang selepas kawasan disahkan selamat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan