Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perkhidmatan feri ekspres Labuan-Kota Kinabalu mencatat peningkatan jumlah penumpang sejak ia disambung semula pada 27 Mei, selepas digantung selama tiga tahun. Foto Bernama

Selepas tiga tahun dihentikan, feri ekspres Labuan-Kota Kinabalu kembali terima sambutan

ByBernama

LABUAN, 29 Jun: Perkhidmatan feri ekspres Labuan-Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan jumlah penumpang sejak kembali beroperasi pada 27 Mei lepas selepas dihentikan selama tiga tahun.

Setakat ini, lebih 3,700 penumpang telah menggunakan laluan berkenaan yang menyaksikan setiap perjalanan dengan kapasiti penuh, iaitu melebihi 100 penumpang.

Pengoperasian semula perkhidmatan yang menghubungkan pulau bebas cukai Labuan dengan ibu negeri Sabah itu turut disambut baik oleh pihak Persekutuan yang menyifatkannya sebagai pemacu penting kepada kesalinghubungan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata perkara itu satu perkembangan penting untuk pertumbuhan sosioekonomi Labuan.

“Perkhidmatan feri ekspres ini bukan sekadar kemudahan pengangkutan, ia adalah penghubung penting kepada rangkaian ekonomi, sosial dan pembangunan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyambut ketibaan penumpang dari Kota Kinabalu di Terminal Feri Antarabangsa Labuan, Dr Zaliha berkata perkhidmatan itu memudahkan lagi pergerakan komuniti, aktiviti harian, serta pengangkutan barangan dalam rantaian bekalan tempatan.

“Laluan berkenaan menawarkan pilihan lebih mudah dan menjimatkan masa berbanding perkhidmatan feri roll-on/roll-off (Ro-Ro) melalui Menumbok, terutamanya bagi penumpang yang tidak mempunyai kenderaan,” katanya yang turut berpuas hati dengan sambutan menggalakkan itu.

Walaupun feri Ro-Ro lazimnya menjadi pilihan untuk perjalanan ke daerah berdekatan seperti Menumbok, Kuala Penyu, atau Beaufort, feri ekspres ini menyediakan laluan terus ke Kota Kinabalu.

Dr Zaliha berharap supaya pengendali akan terus menambah baik perkhidmatan termasuk memendekkan masa perjalanan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan