Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ketika ditemui media. Foto TVS

Sarawak terus tuntut 35 peratus kuota kerusi Parlimen

KUCHING, 29 Jun: Kerajaan Sarawak komited untuk memperjuangkan semula kuota 35 peratus kerusi Parlimen bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan selaras dengan semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, rundingan berhubung perkara tersebut masih berjalan dan Sarawak tidak akan berkompromi dalam mempertahankan hak tersebut.

“Perjuangan untuk mendapatkan semula 35 peratus wakil dalam Parlimen adalah sesuatu yang kita anjurkan secara konsisten.

“Akan ada rundingan serta perbincangan lebih mendalam mengenai tuntutan ini dan kita akan teruskan usaha ini walaupun tiada keputusan muktamad setakat ini,” katanya.

Beliau berkata, tuntutan-tuntutan lain di bawah MA63 yang belum dimuktamadkan juga akan diperjuangkan secara berterusan melalui saluran formal yang diwujudkan.

Untuk rekod, kali terakhir persempadanan semula kerusi Parlimen dilakukan ialah pada 2006 dengan Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai 25 dan 31 kerusi menjadikan keseluruhan 56 kerusi atau kira-kira 25 peratus daripada 222 kerusi Parlimen.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan