Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah roket bahan api cecair H2A yang membawa satelit teknologi pemerhatian gas rumah hijau dan air milik kerajaan Jepun, "IBUKI GW", telah dilancarkan dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima pada awal pagi 29 Jun 2025. Foto AFP

Roket H2A terakhir Jepun berjaya dilancarkan, tamatkan perkhidmatan 24 tahun

ByBernama

TANEGASHIMA: Jepun berjaya melancarkan roket bahan api cecair H2A ke-50 dan terakhir dari sebuah pulau di barat daya negara itu pada Ahad, menamatkan perkhidmatan 24 tahun siri roket berkenaan yang menyokong program pembangunan angkasa lepas Jepun, lapor Kyodo News.

Roket H2A yang dibangunkan Mitsubishi Heavy Industries Ltd. dan Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) telah digantikan sebagai kenderaan angkasa utama negara oleh roket H3 yang menawarkan harga perkhidmatan pelancaran lebih rendah.

Roket H2A terakhir itu dilancarkan dari Pulau Tanegashima di Wilayah Kagoshima pada 1.33 pagi (waktu tempatan) dan berjaya meletakkan satelit kerajaan untuk memerhati tahap gas rumah hijau dan memantau perubahan iklim ke orbit.

Satelit itu berpisah daripada roket pada ketinggian sekitar 670 kilometer berhampiran khatulistiwa dan mengembangkan panel solarnya, dengan operasinya disahkan oleh JAXA.

“…Kami berjaya mencapai matlamat lama kami dengan kadar kejayaan 98 peratus,” kata pegawai Mitsubishi Heavy yang bertanggungjawab terhadap pelancaran roket itu, Keiji Suzuki.

Di sebuah taman berhampiran Pusat Angkasa Tanegashima, kira-kira 1,300 orang berkumpul awal pagi Ahad untuk menyaksikan pelancaran itu dan bersorak ketika roket berlepas.

“Saya kagum dengan bunyi dan cahaya yang kuat. Saya teruja untuk melihat roket H3 yang seterusnya,” kata Hikari Nagoe, 7 tahun.

Sejak 2001, siri H2A telah menyokong penjelajahan angkasa lepas negara itu dengan menghantar satelit dan prob ke angkasa, meningkatkan kebolehpercayaannya dari semasa ke semasa.

Tempoh perkhidmatannya yang panjang juga tidak terlepas daripada cabaran. Roket No. 6 gagal pada 2003 apabila penggalak tidak terpisah, menyebabkan kru darat mengarahkan pemusnahan roket itu. Siasatan kemudian mendapati kerosakan pada muncung jet menjadi punca kegagalan berkenaan.

Ia mengambil masa satu tahun tiga bulan sebelum roket No. 7 berjaya dilancarkan selepas pengubahsuaian dilakukan.

Pelancaran pada Ahad itu ditangguhkan oleh Mitsubishi Heavy dari tarikh asal 24 Jun disebabkan keabnormalan peralatan.

Roket H3 yang turut dibangunkan Mitsubishi Heavy dan JAXA dijangka membantu negara itu mendapat tempat dalam perniagaan pelancaran satelit yang semakin kompetitif dengan kemunculan SpaceX di Amerika Syarikat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan