Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohammad Duri bersama-sama sebahagian peserta Pertandingan Pangkah Gasing Terbuka Pesta Saratok 2025. Foto FB Mohd Duri

Rebak juara Pertandingan Pangkah Gasing Pesta Saratok 2025

SARATOK, 29 Jun: Pasukan Rebak menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai juara Pertandingan Pangkah Gasing Terbuka sempena Pesta Saratok 2025 yang berlangsung di Gelanggang Gasing Kenyalang, Kampung Tanjung Hulu, hari ini.

Kejayaan itu melayakkan pasukan tersebut membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta pingat dan hamper.

Tempat kedua disandang Pasukan Libas Bugau dari Spaoh yang meraih hadiah wang tunai RM700 manakala dua pasukan tuan rumah, GSU 2 dan Team Pak Aji masing-masing memenangi RM500 dan RM300 selepas menamatkan saingan di tempat ketiga dan keempat.

Pertandingan yang berlangsung selama lima hari bermula 25 Jun itu disertai 32 pasukan dari seluruh daerah termasuk lima dari Debak empat masing-masing dari Sri Aman dan Spaoh serta 19 pasukan tuan rumah dari Saratok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohammad Duri dalam ucapan ringkasnya berkata, penganjuran sukan tradisional seperti itu penting dalam usaha memelihara warisan budaya agar terus dihargai terutama dalam kalangan generasi muda.

“Syabas dan tahniah kepada penganjur yang diketuai Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Kalaka, Harjam Jemain atas kejayaan menganjurkan pertandingan ini dengan cemerlang,” katanya.

Turut hadir Pegawai Daerah Saratok Mohammad Dino Amid dan Kaunselor Kasdi Pandi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan