Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ratusan orang berhimpun pada Sabtu di ibu negara Sweden, Stockholm bagi membantah serangan berterusan Israel ke atas Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA). Foto Media Sosial

Ratusan di Sweden bantah serangan berterusan Israel ke atas Gaza, gesa gencatan senjata

ByBernama

STOCKHOLM/ISTANBUL, 29 Jun: Ratusan orang berhimpun pada Sabtu di ibu negara Sweden, Stockholm bagi membantah serangan berterusan Israel ke atas Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Penunjuk perasaan berkumpul di daerah Odenplan di ibu negara sebelum berarak menuju ke parlimen Sweden.

Mereka melaungkan slogan: “Israel pembunuh, keluar dari Palestin”, “Israel pembunuh, keluar dari Gaza” dan “Gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat”.

Sambil mengibarkan bendera Palestin, mereka turut menuntut agar genosid di Gaza dihentikan.

Tentera Israel, yang menolak gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata, telah melancarkan serangan maut ke atas Gaza sejak Oktober 2023, membunuh lebih 56,400 rakyat Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut pegawai kesihatan Gaza.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan