Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan bangkit dari kekecewaan dengan meraih kedudukan podium pada Perlumbaan 2 kelas ESBK Talent pada Pusingan 3 Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) di Litar Aragon, Sepanyol. Foto ZK Racing (Facebook)

Qabil bangkit tamatkan kejohanan di kedudukan podium pada ESBK Talent Aragon

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan bangkit dari kekecewaan dengan meraih kedudukan podium pada Perlumbaan 2 kelas ESBK Talent pada Pusingan 3 Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) di Litar Aragon, Sepanyol, hari ini.

Penunggang berusia 13 tahun dari Frando Racing VHC Team itu, yang memulakan saingan dari petak kedua perlumbaan 11 pusingan tersebut, menampilkan pecutan cemerlang dengan menamatkan saingan hanya 0.018 saat (s) di belakang Alessio Arnold dari pasukan Fullmoto Squadra Corse.

Tempat ketiga menjadi milik Enzo Zaragoza dari Aspar KBS Technical Academy yang melengkapkan kedudukan podium.

Pusingan keempat musim dijadual berlangsung di Litar Navarra, Sepanyol dari 17-20 Julai ini.

Terdahulu pelumba dari Terengganu itu terlepas peluang untuk muncul juara Perlumbaan 1 ESBK selepas dipintas saat akhir pada kejohanan yang berlangsung semalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan