Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi merasmikan majlis pengenalan pasukan PSK 10 dan PSK 12 Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS 2025 di Kuching pada Ahad. Foto TVS

PYFCT pacu pembangunan bola sepak akar umbi

ByTVS

KUCHING, 29 Jun: Kerajaan Sarawak dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) komited menjadikan bola sepak sebagai platform memperkasakan potensi belia di wilayah ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, penganjuran PETRONAS Youth Football Closed Tournament (PYFCT) 2025 merupakan pendekatan ideal dalam membina keyakinan diri, semangat berpasukan dan keterampilan belia menerusi sukan.

“Penyertaan 32 pasukan bawah 10 dan 12 tahun dalam edisi PYFCT 2025 mencerminkan minat mendalam serta komitmen tinggi terhadap bola sepak dalam kalangan belia.

“Usaha PETRONAS ini selari dengan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk memperkukuh akar umbi pembangunan sukan melibatkan sektor swasta, korporat dan NGO dalam ekosistem sukan,” katanya pada Majlis Pengenalan Pasukan PETRONAS Sarawak kategori bawah 10 dan 12 tahun, di sini hari ini.

Menurutnya, kejohanan tersebut turut memberi peluang kepada akademi bola sepak dari seluruh Sarawak termasuk Kuching, Samarahan dan luar bandar untuk mengetengahkan bakat muda dan membina kredibiliti kejurulatihan di peringkat akar umbi.

Sementara itu, Pengurus Besar PETRONAS Sarawak yang juga Pengerusi Bersama PYFCT 2025, Norazibah Md Rabu berkata, kejohanan itu mencerminkan komitmen PETRONAS dalam memupuk bakat belia melalui sukan.

“Bagi PETRONAS, ini lebih daripada sekadar jaringan atau kemenangan. Ia adalah perayaan semangat, ketekunan dan cinta terhadap bola sepak.

“Dengan menyediakan peluang kepada belia, kita bukan sahaja memperkukuh ekosistem sukan malah membuka ruang kepada mereka untuk berkembang secara profesional,” ujarnya.

Antara pasukan bawah 10 tahun yang bakal beraksi termasuk SJN Academy, Cascara Junior dan Mix Hajiba Academy manakala kategori bawah 12 tahun akan disertai pasukan seperti PFA Odin, Samarahan Academy dan Siol Kanan Academy.

Menariknya, edisi PYFCT 2025 akan berlangsung di dua lokasi iaitu Kuching dan Bintulu bagi memberi peluang penyertaan lebih luas.

Kuching akan menjadi tuan rumah dari 5 Julai hingga 13 September manakala Bintulu menganjurkan pusingan kedua dari 5 Oktober hingga 22 November 2025.

Secara keseluruhan, sebanyak 92 pasukan dijangka berentap dalam pelbagai kategori umur sepanjang kejohanan tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan