Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bersetuju menukar nama badan induk itu kepada Persekutuan Sepak Takraw Malaysia dalam tempoh terdekat. Foto PSM

PSM setuju tukar nama kepada Persekutuan Sepak Takraw Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bersetuju menukar nama badan induk itu kepada Persekutuan Sepak Takraw Malaysia dalam tempoh terdekat.

Presiden PSM Datuk Mohd Sumali Reduan berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) semalam selepas usul pindaan perlembagaan yang dibentangkan mendapat sokongan lebih dua pertiga perwakilan.

Bagaimanapun, beliau berkata penukaran nama badan induk itu hanya akan menjadi kenyataan sekiranya pindaan perlembagaan mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS).

“Semua pindaan perlembagaan akan berkuat kuasa setelah mendapat kelulusan daripada PJS. Jadi, kita akan hantar permohonanan itu dalam masa terdekat.

“Selagi tidak dapat kelulusan PJS, kita tidak boleh guna lagi,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PSM di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

Mengulas berkenaan penukaran nama PSM, Sumali berkata ia bertujuan menyeragamkan dengan nama badan induk sukan lain yang turut menggunakan perkataan Persekutuan.

“Sebenarnya ini bukan benda baharu, kita dah bincang sebelum ini dan ramai sudah setuju sebab ia lebih mencerminkan peranan kita sebagai pentadbir utama sepak takraw negara,” katanya.

Terdahulu, dalam AGM hari ini menyaksikan Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dipilih sebagai Timbalan Presiden PSM bagi penggal 2025-2028 selepas mendapat 49 undi menewaskan dua pencabar lain.

Tiga kekosongan jawatan Naib Presiden pula diisi oleh Datuk Abu Jimi Samat dengan 51 undi, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (48 undi) dan Wan Mohd Husni Abdullah (44 undi).

Sebelum ini, Sumali berjaya mengekalkan jawatan sebagai Presiden PSM selepas tidak dicabar oleh mana-mana individu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan