Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 135 peserta dari negara anggota ASEAN dan Timor Leste menghadiri Perbincangan Meja Bulat: Kesihatan Mental Belia ASEAN 2025 di sini, yang berlangsung selama dua hari bermula semalam. Foto Bernama

Peserta negara serantau bincang isu Kesihatan Mental Belia ASEAN

ByBernama

KOTA KINABALU, 29 Jun: Sebanyak 135 peserta dari negara anggota ASEAN dan Timor Leste menghadiri Perbincangan Meja Bulat: Kesihatan Mental Belia ASEAN 2025 di sini, yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata forum itu menghimpumkan peserta daripada pelbagai latar belakang, termasuk pakar kesihatan mental, agamawan, pembuat dasar, pegawai kerajaan, wakil masyarakat sivil, dan belia.

Dalam konteks Malaysia, beliau berkata forum itu amat penting memandangkan hasil Kajian Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI’23) menunjukkan kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun berada pada tahap sederhana.

“Untuk subjek yang berat seperti ini, kerajaan perlukan semua pihak untuk masuk bersama berbincang dan dalam hal ini, kita perlukan pakar perubatan, golongan belia dan golongan agama untuk membantu,” katanya selepas merasmikan program itu di sini hari ini.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) Shahhanim Yahya berkata belia pada masa ini dilihat berdepan dengan masalah mengenal identiti diri sendiri kerana lebih terbuka meluahkan emosi dan tekanan di media sosial.

“Skop tekanan itu sangat besar dan sebab itulah kita perlu lebih mengenali belia untuk mengetahui punca tekanan sama ada disebabkan diri sendiri atau ekosistem belia itu sendiri,” katanya.

Program bertemakan “ASEAN Youth Voice: Empowering Minds, Ensuring Well-being” itu bertujuan menangani cabaran kesihatan mental belia ASEAN melalui kerjasama serantau, pertukaran amalan terbaik dan menggalakkan advokasi yang inklusif bagi meningkatkan literasi kesihatan mental serta memperbaiki akses kepada penjagaan kesihatan mental.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan