Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 3.30 petang dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun itu merupakan seorang pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Polis menahan dua lelaki warga asing selepas dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan serta menyamar sebagai penjawat awam di Jalan Dinar, Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang, Selangor semalam. Foto fail Bernama

Menyamar penjawat awam dan bergaduh, dua warga asing ditahan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Polis menahan dua lelaki warga asing selepas dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan serta menyamar sebagai penjawat awam di Jalan Dinar, Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang, Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pihaknya menerima panggilan mengenai pergaduhan itu pada 1.15 tengah hari sebelum sepasukan polis peronda telah diarahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pihak polis telah menahan dua warga asing berumur 26 dan 32 tahun yang disyaki terlibat dalam pergaduhan tersebut, dengan seorang daripada suspek didapati dalam keadaan tangan bergari di dalam sebuah kereta.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan antara dua individu yang berkawan itu disebabkan perselisihan faham berkaitan hal keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata polis telah merampas dua kereta iaitu jenis Perodua di tempat kejadian serta sepasang gari bagi membantu siasatan.

Mohd Hafiz berkata kes disiasat mengikut Seksyen 160 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar dan menyamar sebagai penjawat awam selain Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan polis tanpa kebenaran.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta hadir ke balai polis berdekatan atau menghubungi talian hotline Balai Polis Kampung Baru Subang di 03-7846 2322 atau Insp Ekmal Hasif Mohd Noor di talian 011-35396787,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan