Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat tiga mangsa lemas dalam kejadian di Pulau Perhentian malam tadi tiba di jeti Kuala Besut pukul 7 pagi hari ini sebelum dibawa dengan dua buah kenderaan pacuan empat roda Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat. Foto Bernama

Mayat tiga mangsa bot terbalik dibawa pulang ke Sungai Petani dan Butterworth untuk disemadikan

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 29 Jun: Mayat tiga mangsa yang lemas dalam tragedi bot terbalik di perairan Pulau Perhentian, Besut malam tadi akan dibawa pulang ke Buttterworth dan Sungai Petani untuk disemadikan.

Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) kepada Menteri Besar Terengganu Dr K.Balachandran berkata proses bedah siasat dan pengurusan mayat S.Arumugam, 40, dan anaknya A.Sarrvihka, 3, serta seorang lagi saudara perempuan, V.Vennpani, 10, telah selesai kira-kira 4.30 petang tadi.

Beliau berkata menurut maklumat, kesemua 15 penumpang dalam bot berkenaan mempunyai pertalian keluarga dan sering bercuti ke pulau di Terengganu.

“Mayat dua beranak akan dibawa pulang ke Butterworth manakala seorang lagi ke Sungai Petani. Menurut salah seorang ahli keluarga, 15 mangsa yang terdiri daripada empat keluarga datang bercuti Jumaat lalu dan sepatutnya pulang ke Sungai Petani dan Butterworth hari ini (Ahad).

“Saya difahamkan pada malam kejadian, mereka dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian Kecil ke Perhentian Besar selepas selesai makan malam. Namun ombak besar tiba-tiba datang menyebabkan bot terbalik dan tiga terkorban,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini hari ini.            — LAGI

Balakrishnan berkata mangsa yang terselamat dan waris keluarga mangsa yang terkorban masih dalam keadaan trauma dan sedih.

“Mereka masih terkejut dengan kejadian semalam dan belum bersedia untuk bercakap dengan mana-mana pihak termasuk media. Pihak keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu memudahkan urusan semua mangsa,” katanya.

Dalam kejadian 10.30 malam tadi, bot yang membawa 15 penumpang berusia antara tiga hingga 40 tahun karam selepas dipukul ombak besar dalam perjalanan dari Pulau Perhentian Kecil ke Perhentian Besar di Besut.

Dalam kejadian itu tiga mangsa maut manakala seorang dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU HSNZ). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan