Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Lima maut, beberapa lagi cedera nahas tujuh kenderaan di Texas

ByBernama

HOUSTON, 29 Jun: Lima orang maut manakala beberapa lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan berhampiran Terrell di utara Texas pada Sabtu, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Menurut Jabatan Keselamatan Awam Texas, kemalangan itu berlaku apabila pemandu sebuah treler dipercayai terlelap semasa memandu lalu merempuh sebuah Ford F-150 yang dinaiki lima orang. Kenderaan itu kemudiannya melanggar dua lagi treler menyebabkan satu daripadanya hilang kawalan dan melanggar tiga lagi kereta.

Jabatan Bomba Sukarela Terrell memaklumkan sekurang-kurangnya seorang daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Kemalangan itu menyebabkan penutupan Lebuhraya Interstate 20 dan operasi kecemasan dilancarkan oleh pelbagai agensi.

Tags: maut, nahas, texas

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan