Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kakitangan KKM memeriksa keadaan mangsa

Lelaki maut ketika cari siput di Sungai Skibang

BAU, 29 Jun: Seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang ketika mencari siput sungai di kawasan Sungai Kampung Skibang pada Sabtu.

Memetik laporan Suara Sarawak, Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Dr Daram Ruer berkata, kematian mangsa disahkan oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas mayatnya ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap di dalam sungai.

“Mangsa keluar rumah sekitar jam 10 pagi untuk mencari siput namun masih belum pulang sehingga jam 7 malam.

“Orang awam yang menyedari kehilangannya pergi ke lokasi dan menemui mangsa dalam keadaan tertiarap di dalam sungai sekitar jam 10.30 malam,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, mayat kemudian dibawa ke tebing sungai sebelum laporan polis dibuat.

Mangsa dibawa ke Hospital Bau untuk tindakan lanjut dan siasatan awal mendapati mangsa mempunyai sejarah penyakit sawan sejak kecil.

“Hasil siasatan juga tidak menemui sebarang unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” ujar Daram.-TVS

Tags: Bau, pdrm, siput

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan