Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Lelaki mati dengan kesan senjata tajam

LAHAD DATU, 28 Jun: Seorang lelaki warga asing berusia 23 tahun ditemui mati dengan kesan kecederaan di bahagian belakang badan dipercayai akibat serangan menggunakan senjata tajam.

Mangsa ditemui di sebuah rumah tidak bernombor dalam kawasan kebun kelapa sawit di Ulu Segangan, Silabukan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau berkata, siasatan awal mendapati kecederaan yang dialami mangsa adalah akibat objek tajam.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu berjaya menahan dua individu dipercayai pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 29 tahun,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Lahad Datu bagi mengenal pasti punca kematian secara terperinci dan membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun jika sabit kesalahan.

Pesalah juga boleh dikenakan hukuman sebatan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan