Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kegagalan penghantaran data di Pusat Kawalan Kawasan di Milan pada Sabtu malam menyebabkan lebih 300 penerbangan di beberapa bandar di barat laut Itali digantung. Foto hiasan Envato

Lebih 300 penerbangan digantung di Itali akibat kerosakan teknikal

ByBernama

ROM, 29 Jun: Kegagalan penghantaran data di Pusat Kawalan Kawasan di Milan pada Sabtu malam menyebabkan lebih 300 penerbangan di beberapa bandar di barat laut Itali digantung, lapor Xinhua memetik agensi berita ANSA.

Insiden itu berlaku sekitar 9 malam waktu tempatan (1900 GMT), mengakibatkan penggantungan penerbangan atau sekatan terhadap pelepasan dan pendaratan di lapangan terbang dalam ruang udara terjejas, termasuk di Milan, Bergamo, Genoa dan Turin, menurut laporan itu, sambil menambah bahawa juruteknik masih berusaha memulihkan operasi trafik udara.

Pusat Kawalan Kawasan di Milan merupakan satu daripada empat pusat kawalan wilayah yang dikendalikan oleh ENAV, penyedia perkhidmatan navigasi udara Itali.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan