SPAOH, 29 Jun: Penduduk rumah panjang terutama petani di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban perluĀ melatih anjing sebagai penjaga kebun bagi mengurangkan ancaman haiwan perosak seperti monyet.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata,Ā gangguan haiwan liar seperti monyet sering kali menjadi punca tanaman rosak dan menjejaskan hasil kebun sekali gus melemahkan semangat penduduk untuk mengusahakan tanaman seperti jagung dan buah-buahan.
āSaya mencadangkan agar penduduk melatih anjing untuk menjaga kebun mereka. Ini mungkin boleh menjadi satu penyelesaian praktikal kepada masalah yang sering dihadapi oleh pekebun,ā katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata demikian pada Majlis Ngiling Tikai dan Penyerahan Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) DUN Bukit Saban di Rumah Panjang Mendit Unsu, Penom, hari ini.
Uggah menjelaskan,Ā isu gangguan haiwan perosak perlu ditangani segera kerana kerajaan merancang untuk membuka kawasan pertanian seluas 1,000 ekar di Bukit SabanĀ yang akan memberi manfaat besar kepada penduduk tempatan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Betong, Dato Dr. Richard Rapu Begri memberi jaminan beliau akan terus memberi perhatian terhadap permasalahan dihadapi rakyat termasuk isu gangguan bekalan air, elektrik dan sambungan Internet lemah.
āSaya menyeru semua pihak terutama komuniti setempat agar memastikan kemudahan seperti menara telekomunikasi tidak terjejas akibat kecurian atau vandalisme,ā ujarnya.
Pada majlis berkenaan, Uggah turut menyempurnakan penyerahan bantuan input pertanian berjumlah RM1,290,963 kepada 604 penerima di kawasan DUN Bukit Saban.
Beliau turut menyerahkan cek geran MRP berjumlah RM1.735 juta kepada 127 penerimaĀ merangkumi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), kelab, persatuan dan PIBG.
Manakala, Dr. Richard Rapu pula menyerahkan geran MRP berjumlah RM45,000 kepada tiga Gerempung Tuai Rumah (GTR) iaitu GTR Ulu Layar, Ulu Rimbas dan Spaoh.-TVS