Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ewon Benedick menyampaikan ucapan perasmian penutupan Karnival PROTEGE KUSKOP Zon Borneo di Dewan UiTM Cawangan Sabah. Foto Media DEB

KUSKOP perkasa belia Sabah melalui PROTEGE

KOTA KINABALU, 29 Jun: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus memperkasa belia dan graduan di Sabah menerusi inisiatif strategik Program PROTEGE yang mencatat penyertaan seramai 103,183 mahasiswa serta graduan sejak pelaksanaannya di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, daripada jumlah itu, seramai 69,387 peserta mengikuti program keusahawanan khusus di bawah PROTEGE yang dirangka bagi melahirkan graduan berdaya saing dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya utama.

“Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran graduan malah meletakkan mereka sebagai pencipta peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Karnival PROTEGE KUSKOP Zon Borneo (Sabah) yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah dengan penyertaan lima lagi institusi pengajian tinggi dari seluruh negeri.

Karnival selama dua hari itu menampilkan pelbagai pengisian termasuk pameran produk usahawan tempatan, seminar keusahawanan,csesi temuduga terbuka, Jualan MADANI Koperasi Usahawan, sesi bimbingan kerjaya serta aktiviti sukan.

Edisi tahun ini diteruskan susulan sambutan memberangsangkan pada tahun 2024 yang menyaksikan penyertaan seramai 1,196 peserta daripada 28 institusi pengajian tinggi di Sabah.

Sementara itu, Ewon turut mengumumkan kerjasama strategik sedang dijalankan bersama kementerian peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pihak industri bagi membangunkan modul keusahawanan khusus untuk pelatih.

“Berdasarkan Kajian Impak PROTEGE 2021–2023, sebanyak 55.2 peratus daripada 599 responden berjaya mengakses pembiayaan, pemasaran digital dan mewujudkan pekerjaan baharu,” ujarnya.

Beliau turut menyeru belia agar mengubah mentaliti daripada pencari kerja kepada penjana pekerjaan sekali gus menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya masa depan.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada UiTM Sabah atas kerjasama dalam menjayakan karnival tersebut yang merupakan siri kedua daripada empat penganjuran yang dirancang di peringkat nasional tahun ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan