Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Acara lumba kerbau yang dinanti-nantikan pada Pesta Babulang. Foto TVS

Kerbau albino tarikan unik Pesta Babulang

LIMBANG, 29 Jun: Seekor kerbau albino mencuri tumpuan pengunjung dalam edisi ke-20 Pesta Babulang dan Lumba Kerbau yang berlangsung di Batu Danau semalam berikutan keunikan warna bulunya yang jarang ditemui.

Kemunculan haiwan tersebut bukan sahaja memikat lensa kamera pengunjung malah menjadi tarikan utama selain acara lumba kerbau yang menjadi kemuncak pesta berkenaan.

Pengunjung tempatan, Hamimah Saidan dari Kampung Tegarai berkata, ini kali pertama beliau melihat kerbau albino secara langsung meskipun sering menghadiri pesta tersebut setiap tahun.

“Selain berwarna kemerahan, kulitnya berbintik coklat dan sangat berbeza dengan kerbau biasa. Tambahan pula, sifatnya yang jinak membolehkan pengunjung mendekatinya dan bergambar,” katanya.

Bagi peniaga tempatan, Jessica Phang, kehadiran kerbau albino di pesta berkenaan adalah sesuatu yang luar biasa.

“Biasanya kita lihat kerbau seperti ini di luar negara. Ini pertama kali ia dipamerkan di Batu Danau sempena Pesta Babulang dan Lumba Kerbau,” ujarnya.

Timbalan Presiden Persatuan Bisaya Sarawak (PBS), Narawi Aba menjelaskan kerbau albino jantan tersebut merupakan hasil kacukan baka tempatan dan Australia.

“Kerbau ini diternak oleh penternak kaum Bisaya dan dijadikan hadiah utama cabutan bertuah pada pesta kali ini,” jelasnya.

Menurutnya, kerbau yang dianggarkan bernilai RM4,000 itu merupakan ganjaran utama bagi pemenang bertuah, satu inisiatif yang dimulakan sejak empat tahun lalu.

Selain cabutan bertuah, pelbagai acara turut memeriahkan pesta berkenaan termasuk berakit, nakod babulang, ratu babulang, panglima babulang, agak bedoro babulang (ratu veteran), tarik tali, kuntul (perahu berhias), lumba kerbau dan persembahan kebudayaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan