Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Jurutera rugi RM275,000 terperdaya penipuan pelaburan dalam talian

ByBernama

ALOR SETAR, 29 Jun : Seorang jurutera kerugian RM275,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian yang ditawarkan menerusi iklan di laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah Supt Loi Yew Lik berkata lelaki berusia 57 tahun itu mula berminat selepas melihat iklan pelaburan berkenaan pada 20 April lepas.

“Mangsa telah menekan pautan yang tertera sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan WhatsApp dan telah berhubung dengan beberapa individu melalui dua nombor telefon.

“Pulangan yang dijanjikan sebanyak 10 peratus dalam tempoh beberapa hari dan mangsa memasukkan wang RM275,000 secara berperingkat melalui lapan transaksi ke dua akaun berbeza atas dua nama syarikat dari 27 Mei hingga 13 Jun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata jurutera itu kemudiannya mendapati tiada sebarang keuntungan diperoleh, namun individu berkenaan masih meminta wang tambahan, kononnya bagi membolehkan mangsa mendapatkan pulangan yang dijanjikan berserta modal.

“Lelaki itu yang berasa curiga dan menyedari telah ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling semalam,” katanya.

Loi berkata orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan penipuan pelaburan dalam talian dan membuat semakan dengan pihak berkuasa sebelum melakukan sebarang transaksi yang mencurigakan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan