KUCHING, 29 Jun: Kuching City FC terus memperkukuh barisan pemainnya dengan kehadiran dua pemain import baharu masing-masing dari Timor-Leste dan Filipina,bagi menghadapi saingan musim ini.
Penyerang lincah Joao Pedro dari Timor-Leste merupakan antara wajah baharu yang menarik perhatian.
Dikenali dengan kepantasan, kekuatan fizikal dan ketajamannya di hadapan gawang, Joao bersedia untuk mencipta impak besar bersama Kuching City FC.
Turut diperkenalkan ialah Scott Phillip Galang Woods, pemain berdarah kacukan Filipina-Norway berusia 25 tahun yang dilahirkan di Oslo.
Scott mewakili skuad kebangsaan Filipina dan terkenal dengan gaya permainan bertenaga serta disiplin taktikal tinggi.
Kehadiran kedua-dua pemain ini diharap dapat memberikan nafas baharu dan menyuntik kekuatan tambahan kepada skuad kendalian Aidil Sharin Sahak bagi menghadapi cabaran mendatang dalam saingan liga Malaysia. – TVS