Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Iran pada Sabtu membuka semula ruang udaranya di kawasan tengah dan barat untuk penerbangan transit antarabangsa, umum Kementerian Jalan dan Pembangunan Bandar, menurut Xinhua. Foto AFP

Iran buka semula ruang udara tengah, barat untuk penerbangan transit antarabangsa

ByBernama

TEHRAN, 29 Jun: Iran pada Sabtu membuka semula ruang udaranya di kawasan tengah dan barat untuk penerbangan transit antarabangsa, umum Kementerian Jalan dan Pembangunan Bandar, menurut Xinhua.

Jurucakap kementerian, Majid Akhavan dalam kenyataan berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat kelulusan Pertubuhan Penerbangan Awam (CAO) Iran serta selesai penilaian keselamatan dan sekuriti oleh pihak berkuasa berkaitan.

Beliau menambah bahawa sebelum ini Iran telah membuka semula ruang udara timurnya untuk penerbangan domestik, antarabangsa dan transit, sambil menegaskan tiada penerbangan akan mendarat atau berlepas dari lapangan terbang Iran di bahagian utara, selatan dan barat.

Dalam kenyataan berasingan, CAO memaklumkan ruang udara Iran di bahagian utara, selatan dan barat akan kekal ditutup sehingga 14:00 waktu tempatan (1030 GMT) pada Ahad.

Iran menutup ruang udaranya pada 13 Jun susulan serangan udara Israel ke atas Tehran dan kawasan lain. Selepas konflik udara selama 12 hari, kedua-dua pihak mencapai persetujuan gencatan senjata pada Selasa.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan