Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Syria Ahmad al-Sharaa. Foto fail AFP

Damsyik nafi laporan cubaan bunuh Presiden Syria

ByBernama

ANKARA, 29 Jun: Syria pada Ahad menafikan laporan media yang mendakwa berlaku cubaan membunuh Presiden Ahmad al-Sharaa semasa lawatannya ke wilayah selatan Daraa, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

“Tiada kebenaran dalam laporan media yang tersebar mendakwa tentera Syria dan perisikan Turki telah menggagalkan cubaan membunuh Presiden Sharaa semasa lawatannya ke Daraa,” kata sumber kementerian kepada agensi berita rasmi SANA.

Bagaimanapun, SANA tidak memberikan butiran lanjut mengenai dakwaan cubaan itu.

Pentadbiran peralihan baharu yang dipimpin Presiden Sharaa telah dibentuk di Syria pada Januari lepas susulan kejatuhan rejim Bashar al-Assad.

Assad, yang memerintah Syria hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia pada Disember, menamatkan pemerintahan Parti Baath selama beberapa dekad sejak 1963.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan