Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program Sarawak Rocketeer CAN-SAT Challenge akan melabuhkan tirai melalui acara kemuncak Sarawak Level Challenge sempena SCaT Fair 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 5 dan 6 Julai ini. Foto TEGAS

CAN-SAT: Buka laluan ke Spaceport America Cup 2025

ByAkma Salleh

KUCHING, 29 Jun: Program Sarawak Rocketeer CAN-SAT Challenge akan melabuhkan tirainya menerusi acara kemuncak Sarawak Level Challenge yang bakal berlangsung sempena SCaT Fair 2025 pada 5 dan 6 Julai ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Menurut kenyataan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), pertandingan berprestij itu menjadi pentas akhir peringkat negeri yang menghimpunkan pelajar serta belia Sarawak bagi memperlihatkan kehebatan mereka dalam bidang sains roket dan teknologi satelit mini (CAN-SAT).

“Lebih membanggakan, pemenang peringkat kebangsaan akan berpeluang mewakili Malaysia di pentas antarabangsa menerusi Spaceport America Cup 2025,” jelas kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, program berkenaan merupakan langkah strategik dan berani oleh TEGAS dalam memperkukuh pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) di Sarawak.

“Matlamat utama adalah untuk memupuk minat mendalam dalam bidang STEM secara inklusif dan berasaskan pengalaman dunia sebenar sejajar dengan usaha membentuk generasi masa depan celik teknologi,” menurut kenyataan itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan