Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bot tunda bersama semua kru ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu

Bot tunda tanpa nakhoda sah ditahan di perairan Bintulu

BINTULU, 29 Jun: Sebuah bot tunda yang beroperasi tanpa nakhoda sah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu ketika rondaan rutin di perairan Bintulu pada Sabtu.

Memetik laporan Suara Sarawak, Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, bot berkenaan ditahan kira-kira jam 11.00 pagi pada kedudukan 0.5 batu nautika barat laut Pantai Tanjung Kidurong dalam pelaksanaan Operasi Tiris 3.0 dan Operasi Permai 01/2019.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot dikendalikan enam kru iaitu lima warga Indonesia termasuk nakhoda serta seorang kru warga tempatan, berusia antara 20 hingga 49 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati bot itu gagal memaklumkan secara bertulis pertukaran nama nakhoda dalam sijil pendaftaran kapal, satu kesalahan di bawah Seksyen 22(2A) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

“Kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman kompaun sehingga RM2,500,” ujarnya.

Bot berkenaan bersama semua kru ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Muhammad Suffian menasihatkan komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang dan prosedur keselamatan laut bagi memastikan operasi yang sah dan selamat.

Sebarang maklumat atau kejadian kecemasan di laut boleh dilaporkan menerusi talian kecemasan 999, Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu (086-314254) atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) untuk tindakan segera.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan