Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan atlet Pulau Pinang, Mohd Zulkiffli Mazeri. Foto Bernama

Atlet warisan pemacu harapan skuad renang negara

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 29 Jun: Usaha memperkasa skuad renang negara menerusi pengambilan perenang warisan disifatkan sebagai langkah strategik dan realistik khususnya dalam misi memburu pingat emas pertama Malaysia di pentas Olimpik.

Pemerhati sukan tempatan, Dato Dr Pekan Ramli berkata, kelebihan fizikal yang dimiliki atlet warisan mampu menjadi faktor utama dalam acara sukan yang banyak dipengaruhi oleh saiz badan dan kecergasan fizikal.

Menurutnya, perenang warisan yang mempunyai darah keturunan Malaysia melalui ibu, bapa atau datuk nenek wajar diberi ruang menyertai pasukan kebangsaan kerana mereka berpotensi memberi dimensi baharu kepada sukan renang negara.

“Terpulang kepada Persatuan Akuatik Malaysia (MAS) untuk memanfaatkan khidmat atlet warisan. Ia tidak menjadi kesalahan selagi mematuhi peraturan dan mendapat kelulusan pihak berwajib khususnya Kementerian Dalam Negeri.

“Ini satu usaha yang sangat baik dan wajar diberikan sokongan,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Pada masa sama, Pekan berkata, pembangunan bakat perenang tempatan tetap perlu diteruskan.

Bagaimanapun menurutnya, pengambilan atlet warisan dilihat sebagai alternatif paling praktikal dalam usaha mengejar kejayaan di pentas dunia.

“Jika sasaran kita adalah pingat di Olimpik, maka ini mungkin opsyen terbaik untuk membuka harapan baharu dalam sukan renang,” ujarnya.

Terdahulu, Timbalan Presiden MAS, Marilyn Chua Yu Ching mengesahkan pihaknya memulakan inisiatif mendapatkan perenang warisan selaras dengan pendekatan yang pernah diambil oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Beliau turut memaklumkan usaha itu mendapat maklum balas positif daripada rakyat Malaysia khususnya ibu bapa atlet warisan yang menghubungi pihak persatuan secara langsung.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan