Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bangladesh pada Sabtu merekodkan dua lagi kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kematian setakat bulan ini meningkat kepada 22 orang, lapor Xinhua. Foto fail Envato

Angka kematian akibat Covid-19 di Bangladesh cecah 22 orang setakat bulan ini

ByBernama

DHAKA, 29 Jun: Bangladesh pada Sabtu merekodkan dua lagi kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kematian setakat bulan ini meningkat kepada 22 orang, lapor Xinhua.

Negara itu pada 5 Jun lepas merekodkan kematian pertama akibat COVID-19 tahun ini apabila seorang lelaki meninggal dunia akibat penyakit berjangkit itu di ibu negara Dhaka.

Bangladesh turut merekodkan tujuh kes baharu COVID-19 dengan kadar positif ujian harian melonjak kepada 3.87 peratus dalam tempoh 24 jam sehingga 8 pagi Sabtu waktu tempatan. Data rasmi menunjukkan sebanyak 174 sampel diuji dalam tempoh 24 jam lalu.

Berikutan peningkatan semula jangkitan COVID-19 di beberapa negara jiran, kerajaan sementara Bangladesh telah meminta rakyatnya untuk mengelakkan perjalanan ke destinasi berkenaan melainkan jika benar-benar perlu.

Pihak berkuasa di Bangladesh juga telah mengarahkan jabatan berkaitan untuk mempertingkatkan langkah saringan kesihatan dan pemantauan di semua pintu masuk bagi membendung penularan jangkitan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan