Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak yang juga ADUN Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam menyampaikan hadiah Pasukan, Al Quthuz FC selepas menjuarai Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Bahagian Betong. Foto TVS

Al Quthuz FC juara Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Betong 2025

DEBAK, 29 Jun: Pasukan Al Quthuz FC dari Sarikei muncul juara Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Bahagian Betong 2025 selepas menewaskan Aqib X Kampung Boy FC dari Sri Aman 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Riveria, Debak hari ini.

Kemenangan itu membolehkan Al Quthuz FC membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta piala dan pingat.

Tempat kedua menjadi milik Aqib X Kampung Boy FC yang menerima hadiah wang tunai RM2,000, piala dan pingat.

Manakala tempat ketiga bersama disandang oleh Pusak United dari Pusa dan Tabau Legacy dari Saratok masing-masing menerima wang tunai RM1,000.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam.

Karnival selama dua hari bermula Jumaat lalu itu dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang menyaksikan penyertaan 27 pasukan dari seluruh Sarawak.

Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, Lamat Nyalau, Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Debak, Mohammad Khairurani Mohammad Ibrahim dan Temenggong Piee Alwi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan