Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

71 terbunuh dalam serangan Israel ke atas penjara Iran – Jurucakap

ByBernama

ANKARA, 29 Jun: Serangan udara Israel ke atas sebuah penjara di ibu negara Iran, Tehran minggu lepas mengorbankan 71 orang dan mencederakan ramai yang lain, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Jurucakap badan kehakiman Iran, Asghar Jahangir pada Ahad mengutuk serangan ke atas Penjara Evin itu sebagai “jenayah sepenuhnya oleh tentera rejim Zionis” sambil menegaskan bahawa serangan berkenaan turut menjejaskan orang awam yang tinggal berhampiran bangunan lawatan dan kehakiman penjara berkenaan, menurut agensi berita Mehr.

Beliau berkata mangsa yang terkorban termasuk kakitangan pentadbiran penjara, anggota tentera kerahan, banduan, ahli keluarga banduan serta orang awam yang tinggal berhampiran penjara.

Serangan udara itu berlaku pada Isnin lepas sebagai sebahagian daripada gelombang serangan tentera Israel ke atas pelbagai sasaran di seluruh Tehran, menurut pegawai Israel.

Konflik selama 12 hari antara Israel dan Iran tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas lokasi tentera, nuklear dan awam di Iran, mengakibatkan sekurang-kurangnya 606 orang terbunuh dan 5,332 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Iran.

Konflik itu terhenti selepas gencatan senjata tajaan Amerika Syarikat berkuat kuasa pada Selasa lalu, sehari selepas serangan udara ke atas penjara berkenaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan