Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 34 orang maut, empat dilaporkan hilang dan 74 cedera berikutan hujan monsun dalam tempoh sembilan hari lepas di negeri Himachal Pradesh, utara India, lapor Xinhua memetik pegawai pada Ahad. Foto hiasan Envato

34 maut, empat hilang susulan hujan monsun di Himachal Pradesh, India

ByBernama

NEW DELHI, 29 Jun: Sekurang-kurangnya 34 orang maut, empat dilaporkan hilang dan 74 cedera berikutan hujan monsun dalam tempoh sembilan hari lepas di negeri Himachal Pradesh, utara India, lapor Xinhua memetik pegawai pada Ahad.

Menurut laporan Pusat Operasi Kecemasan Negeri, jumlah kerosakan terhadap infrastruktur dalam tempoh berkenaan dianggarkan bernilai US$8.32 juta.

Pihak berkuasa pengurusan bencana turut mengesahkan kerosakan terhadap rumah, tempat perlindungan ternakan, bangunan kerajaan, jalan raya, bekalan air dan talian elektrik di negeri itu.

Kerajaan tempatan Himachal Pradesh telah meletakkan perkhidmatan kecemasan dalam keadaan berjaga-jaga.

Pegawai memaklumkan paras air di semua sungai dan anak sungai utama di negeri itu telah meningkat susulan hujan yang berterusan.

Menurut laporan hampir 40 jalan masih terhalang di kawasan terjejas akibat tanah runtuh.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi India telah mengeluarkan amaran jingga untuk hujan lebat hingga sangat lebat di negeri berkenaan dalam dua hari akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan