Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Lampu Jalan Kampung (LJK) Fasa 8 di Dewan Serbaguna Kampung Merdang Lumut. Foto TVS

Sarawak tidak abaikan bekalan elektrik luar bandar

KOTA SAMARAHAN, 28 Jun: Rakyat Sarawak diminta untuk tidak berpegang kepada persepsi salah bahawa penjualan tenaga elektrik ke luar negeri menjadi punca sesetengah kawasan pedalaman masih belum menerima bekalan elektrik.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, isu ketiadaan sambungan elektrik melalui Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) adalah disebabkan kelewatan permohonan dan bukan kerana Kerajaan Sarawak mengabaikan kawasan berkenaan.

“Jangan salah faham. Sarawak mampu menghasilkan 5.8 gigawat tenaga elektrik berbanding keperluan semasa 4.8 gigawat. Ini bermakna kita mempunyai lebihan bekalan dan penjualan tenaga kepada pihak luar seperti Kalimantan, Sabah dan Semenanjung Malaysia tidak menjejaskan keperluan dalam negeri,” katanya.

Beliauberkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Lampu Jalan Kampung (LJK) Fasa 8 di Dewan Serbaguna Kampung Merdang Lumut, Kota Samarahan hari ini.

Menurutnya, sejak 2016, Sarawak membekalkan tenaga kepada Kalimantan dengan kadar tarif lebih tinggi berbanding tarif domestik sekali gus memberi keuntungan kepada wilayah ini.

“Selain Kalimantan, kita turut bekalkan 30 megawat kepada Sabah dan dijangka meningkat kepada 80 megawat tertakluk kepada kestabilan grid di sana,” ujarnya.

Julaihi berkata, Sarawak juga meluluskan penjualan sehingga 1,000 megawat secara terhad ke Semenanjung Malaysia dan Singapura melalui kabel bawah laut.

Mengulas cabaran penyediaan bekalan elektrik ke kawasan pedalaman, beliau mengakui faktor topografi dan geografi Sarawak memainkan peranan besar sekali gus melambatkan pelaksanaan namun Kerajaan Sarawak sentiasa komited memastikan semua rakyat menikmati kemudahan asas tersebut.

“Antara kawasan yang akan ditingkatkan bekalan elektrik dalam masa terdekat ialah Lundu, Lubok Antu, Saratok, Kabong, Kalaka, Spaoh, Beladin dan Pusa,” jelasnya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan