Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pelajar Tingkatan Empat lemas selepas cuba mengambil mata pancing yang tersangkut di Sungai Kampung Amer di sini malam tadi. Foto Bernama

Remaja lelaki lemas ketika cuba ambil mata kail tersangkut

ByBernama

JERTIH, 28 Jun: Seorang pelajar Tingkatan Empat lemas selepas cuba mengambil mata pancing yang tersangkut di Sungai Kampung Amer di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @ Abu berkata mayat Muhammad Amin Asyraf Zulkifli, 16, ditemukan pada 9.05 malam oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.

“Sebelum kejadian mangsa memancing bersama abang dan dua rakannya namun mata kailnya tersangkut di tebing seberang sungai dan mangsa berenang untuk melepaskan mata kail tersebut tetapi telah lemas.

“Abang mangsa cuba menyelamatkan mangsa tetapi gagal sebelum menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan