Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier memberi amaran terhadap sikap mengabaikan pelanggaran undang-undang antarabangsa, termasuk di Jerman sendiri, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Foto fail AFP

Presiden Jerman beri amaran agar tidak abaikan undang-undang antarabangsa

ByBernama

BERLIN, 28 Jun: Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier memberi amaran terhadap sikap mengabaikan pelanggaran undang-undang antarabangsa, termasuk di Jerman sendiri, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Kita, khususnya perlu menjadikan orde undang-undang antarabangsa sebagai sebahagian daripada identiti kita,” kata Steinmeier dalam program “Interview of the Week” yang akan disiarkan pada Ahad oleh penyiar radio Deutschlandfunk. Dpa telah memperoleh salinan temu bual itu.

Kenyataan beliau dibuat sebagai maklum balas terhadap soalan mengenai kenyataan Canselor Friedrich Merz bahawa Jerman tidak akan mengiktiraf waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, serta kenyataan Merz bahawa Israel melakukan “kerja kotor” pihak lain dalam menyerang Iran bagi menghalang persenjataan nuklearnya.

Kerajaan Jerman boleh mengelak daripada perlu menyerahkan Netanyahu kepada ICC sekiranya pemimpin Israel itu tidak melawat Jerman. Steinmeier tidak secara jelas menyokong langkah itu namun berkata adalah lebih baik untuk mengelakkan situasi di mana Jerman perlu menyerahkan pemimpin Israel kepada ICC.

“Ini adalah rayuan supaya tidak mengabaikan undang-undang antarabangsa tetapi untuk mengelak daripada menguji undang-undang itu dalam kes ini. Waran tangkap ICC terhadap Netanyahu adalah berdasarkan dakwaan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan dalam konflik Gaza.

Namun, Presiden Jerman itu menegaskan bahawa Iran tidak boleh memperoleh senjata nuklear. “Iran mungkin tidak pernah berada pada tahap paling jauh daripada memperoleh bom nuklear seperti selepas perjanjian 2015 dimeterai,” katanya.

Steinmeier merupakan Menteri Luar Jerman ketika perjanjian nuklear yang diterajui Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Barack Obama ditandatangani.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan