Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi bergambar bersama-sama penerima dan wakil penerima insentif IPT DUN Pantai Damai

Pelajar Pantai Damai terus melangkah jauh

ByMahathir Haroun

KUCHING, 28 Jun: Pembelajaran sepanjang hayat dan kejayaan dalam pendidikan tinggi merupakan asas kepada masa depan yang gemilang.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, insentif pendidikan yang diperkenalkan lebih 10 tahun lepas merupakan galakan berterusan kepada pelajar.

Menurutnya, ia merupakan usaha untuk menggalakkan lebih ramai anak muda meneruskan pengajian hingga ke peringkat tertinggi seperti diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah kedoktoran.

“Kita akan terus beri insentif dan galakan agar anak muda kita bukan sahaja menamatkan pengajian tetapi turut menjadi insan berilmu serta menyumbang kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Insentif ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) kepada 68 pelajar kawasan DUN Pantai Damai di sini, hari ini.

Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, pelajar Sarawak kini menunjukkan peningkatan membanggakan dari segi kemasukan ke IPT dan pencapaian akademik, hasil sokongan pelbagai pihak termasuk ibu bapa, pihak sekolah serta komuniti setempat.

“Ramai pelajar dari kawasan kita menerima tawaran ke universiti ternama. Ini menjadi bukti bahawa usaha berterusan semua pihak mula menampakkan hasil,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut menekankan kepentingan penyesuaian diri apabila memasuki alam kampus yang jauh dari keluarga selain memberi fokus sepenuhnya terhadap pembelajaran walaupun terlibat dalam aktiviti kokurikulum.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan