Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan menaik minggu depan, menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar. Foto Bernama

Niaga hadapan FBM KLCI diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan menaik minggu depan, menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan indeks penanda aras utama didagangkan dalam julat 1,510 hingga 1,540.

“Perhatian pasaran dijangka tertumpu kepada beberapa keluaran makroekonomi utama global. Kami kekal optimis dengan berhati-hati terhadap tinjauan jangka pendek FBM KLCI, kerana indeks menunjukkan tanda-tanda momentum menaik,” katanya kepada Bernama.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Jun 2025 dan September 2025 masing-masing meningkat 35.5 mata kepada 1,531.5 dan 1,510.5, manakala kontrak Julai 2025 naik 36 mata lebih tinggi pada 1,530.0 dan kontrak Disember 2025 menokok 29.5 mata kepada 1,509.5.

Sementara itu, jumlah dagangan bagi minggu dagangan yang dipendekkan melonjak kepada 163,175 lot daripada 30,975 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka menambah kepada 64,676 kontrak daripada 44,764 kontrak sebelumnya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI menaik 25.42 mata kepada 1,528.16 daripada 1,502.74 pada minggu sebelumnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan