Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Ainol Amriz Ismail menyampaikan ucapan perasmian pada Forum Kenangan Utusan Melayu sempena Hari Ulang Tahun Akhbar Utusan Melayu Ke-86 dan Hari Wartawan Nasional (Hawana) yang diraikan pada 29 Mei Subang Parade hari ini. Foto Bernama

MPI syor Kursi Akademik Kewartawanan Utusan Melayu di universiti tempatan

ByBernama

SUBANG JAYA, 28 Jun: Institut Akhbar Malaysia (MPI) mencadangkan penubuhan Kursi Akademik Kewartawanan Utusan Melayu di universiti tempatan bagi memperkukuh kajian dan pemahaman terhadap sejarah kewartawanan negara, khususnya peranan penting yang dimainkan oleh akhbar paling lama di Malaysia itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MPI Ainol Amriz Ismail berkata kursi ini bukan sahaja bertujuan untuk mendokumentasikan warisan Utusan Melayu, malah dimasukkan ke dalam silibus pengajian kewartawanan di institusi pengajian tinggi.

“Sejarah yang berlaku terhadap Utusan Melayu adalah sejarah negara, bukan sejarah kewartawanan sahaja sebab ia merekod segala petikan (perjalanan) sejarah negara.

“Sebab itu wajar golongan akademik dan pelajar memastikan bahawa dokumentasi ini ada di peringkat universiti,” katanya kepada pemberita selepas program Forum Kenangan Utusan Melayu di Subang Parade hari ini.

Forum itu diadakan sempena Hari Ulang Tahun Akhbar Utusan Melayu Ke-86 dan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang diraikan pada 29 Mei, dirasmikan oleh tokoh wartawan negara Tan Sri Johan Jaafar.

Ainol Amriz berkata MPI juga menggalakkan wartawan menulis secara aktif tentang pengalaman, perjuangan, sejarah ekonomi dan isu bahasa yang pernah dibawa oleh Utusan Melayu dalam e-jurnal kewartawanan yang telah dilancarkan oleh institut itu.

Sementara itu, Johan berkata Utusan Melayu adalah sebuah akhbar yang bertahan daripada tahun 1930-an sehingga ke abad ke-21, dan sudah tentunya mempunyai sejarah penting.

“Kalau kita ukur sampai hari ini, kemungkinan sudah 80 tahun sejarah Utusan Melayu. Jadi, sejarah ini adalah sejarah bangsa, sejarah negara dan sejarah kewartawanan termasuk tokoh-tokoh dalam dunia kewartawanan.

“Itu kelebihan Utusan Melayu. Ia berjaya sebagai perakam sejarah, meneliti isu dan mencatat peristiwa yang menjadi sebahagian daripada naratif pembinaan negara bangsa Malaysia, bermula daripada zaman sebelum perang sehinggalah ke zaman selepas kemerdekaan,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan