Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail Bernama

Letshanaa tersingkir di suku akhir Terbuka AS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Perjuangan perseorangan wanita negara K. Letshanaa dalam kejohanan badminton Terbuka Amerika Syarikat (AS) berakhir di peringkat suku akhir selepas tewas kepada wakil India Tanvi Sharma, awal pagi tadi (Jumaat).

Dalam aksi yang berlangsung selama 33 minit, Letshanaa, 21, gagal menyaingi lawannya apabila tewas straight set 13-21, 16-21, sekali gus menamatkan cabaran skuad negara dalam kejohanan bertaraf Super 300 itu.

Letshanaa sebelum ini mencuri tumpuan apabila cemerlang menumbangkan bekas juara dunia dari Jepun, Nozomi Okuhara di pusingan pertama, sebelum meneruskan rentak cemerlang dengan menundukkan seorang lagi pemain India, Aakarshi Kashyap pada pusingan kedua.

Bagaimanapun, harapan untuk mara ke separuh akhir buat kali pertama dalam kejohanan bertaraf antarabangsa itu tidak kesampaian selepas dikecewakan Tanvi, yang berada dalam prestasi terbaik.

Selepas ini, pemain kelahiran Selangor itu dijadualkan menyambung cabaran di Terbuka Kanada yang akan berlangsung di Markham, minggu depan.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan