Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mohammad Razi Sitam ketika menghadiri Majlis Pecah Tanah Tapak Masjid Baharu Kampung Bungin pada Sabtu. Foto TVS

Laksana kerja ikut spesifikasi dan jadual ditetapkan – Razi

SARIBAS, 28 Jun: Kontraktor terlibat projek pembinaan Masjid Baharu Kampung Bungin diingatkan agar melaksanakan kerja mengikut spesifikasi dan jadual yang telah ditetapkan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, projek berkenaan langkah penting dalam usaha untuk menyediakan kemudahan ibadah yang selesa kepada masyarakat di Kampung Bungin yang tidak seharusnya tergolong dalam kategori projek sakit.

“Mohon pihak kontraktor yang telah diberi tanggungjawab bagi projek ini dapat melaksanakan kerja dengan efisien mengikut spesifikasi dan jadual ditetapkan,” katanya semasa berucap pada Majlis Pecah Tanah Tapak Masjid Baharu Kampung Bungin di sini pada Sabtu.

Bagi memastikan kelancaran projek, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas itu berkata, penduduk harus memberikan kerjasama erat dan tidak memperbesarkan isu-isu kecil sekiranya ada.

“Kepada para penduduk saya juga memohon agar berikanlah kerjasama sebaik mungkin kepada pihak kontraktor dalam melaksanakan kerja mereka. Kalau ada isu-isu kecil itu tidak payahlah diperbesar-besarkan,” ujarnya.

Masjid Baharu Kampung Bungin yang dikendalikan oleh Syarikat Crest Engineering Sdn. Bhd dengan kos sebanyak RM5 juta itu akan mengambil masa selama 16 bulan untuk disiapkan pada September 2026.

Masjid dengan kapasiti sehingga 800 jemaah itu merupakan yang kedua dibina di Kampung Bungin menerusi peruntukkan dana daripada Kerajaan Sarawak selepas Masjid Nur Islam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan