Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail APMM Zon Bintulu

Kira-kira 80 peratus kes kemalangan laut disebabkan tidak pakai jaket keselamatan

ByBernama

KLANG, 28 Jun : Kira-kira 80 peratus daripada 226 kes kemalangan di laut sepanjang tahun lepas disebabkan faktor tidak memakai jaket keselamatan.

Pengarah Bahagian Operasi Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Pertama Maritim Mohd Tahir Khalid berkata jumlah itu melibatkan 1,348 mangsa, dengan 1,259 berjaya diselamatkan, manakala 64 meninggal dunia serta 25 individu masih hilang.

Beliau berkata untuk Januari hingga Mei lepas, APMM merekodkan 108 kes membabitkan 251 mangsa yang menyaksikan 36 daripadanya meninggal dunia, 12 masih hilang, manakala 203 berjaya diselamatkan.

“Dengan trend kemalangan di laut yang terus mencatatkan peningkatan, APMM bakal berdepan kemungkinan peningkatan kes kematian dan kehilangan hingga dua kali ganda menjelang akhir tahun ini,” katanya selepas merasmikan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) 2025 di Persiaran Kapal Bugis, Tanjung Harapan di sini hari ini.

Mohd Tahir berkata berikutan itu pihaknya akan memperkasakan program kesedaran keselamatan secara menyeluruh, khususnya kepada masyarakat umum yang berisiko ketika berada di laut.

Beliau berkata penggunaan alat keselamatan termasuk jaket keselamatan amat penting kerana masa  respons APMM lazimnya mengambil masa maksimum dua jam untuk pasukan penyelamat sampai ke lokasi kemalangan.

“Oleh itu, penggunaan alat keselamatan sangat penting sementara pasukan penyelamat bergegas ke lokasi secepat mungkin menggunakan aset seperti bot ataupun helikopter.

“Rata-rata misi menyelamat yang direkodkan APMM mendapati mangsa tidak memakai jaket keselamatan termasuk mambabitkan nelayan yang tidak bersedia berdepan bencana meskipun mereka turun ke laut hampir setiap hari,” katanya.

Mohd Tahir berkata berdasarkan peraturan, setiap lesen yang dikeluarkan Jabatan Laut Malaysia mewajibkan kesemua bot berdaftar dilengkapi jaket keselamatan tetapi kebanyakan mangsa mengatakan tidak selesa sebagai alasan tidak memakai peralatan keselamatan itu.

Bertemakan ‘Berapung Untuk Hidup’, sambutan HKKM yang disambut setiap tahun bagi memperingati detik bersejarah pengambilalihan tugas penyelarasan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) oleh APMM daripada Jabatan Laut Malaysia bermula pada 2006 itu turut dihadiri Pengarah APMM Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan