Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
kerugian pekebun nanas akibat ketidaktentuan cuaca dan bencana alam di negara ini menunjukkan pengurangan daripada RM7 juta pada 2021 kepada RM1.02 juta pada tahun lepas kata Datuk Arthur Joseph Kurup pada sidang media selepas merasmikan Seminar Industri Nanas Antarabangsa 2025, di sini hari ini. Foto Bernama

Kerugian pekebun nanas turun kepada RM1.02 juta tahun lepas – Arthur

ByBernama

JOHOR BAHRU, 28 Jun: Jumlah kerugian pekebun nanas akibat ketidaktentuan cuaca dan bencana alam di negara ini menunjukkan pengurangan daripada RM7 juta pada 2021 kepada RM1.02 juta pada tahun lepas.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata perkara itu, antara lain didorong oleh hasil kajian, pembangunan infrastruktur dan inovasi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

“Sebagai contoh pada tahun 2021, nilai kerugian dicatatkan sebanyak RM7 juta, selepas itu menurun kepada RM2 juta pada 2022, RM1.8 juta pada 2023 dan RM1.02 juta tahun lepas,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Industri Nanas Antarabangsa 2025, di sini hari ini.

Arthur berkata ketahanan varieti serta pengumpulan analisis data turut meningkatkan kecekapan penanaman nanas.

Terdahulu dalam ucapannya beliau meminta LPNM untuk terus proaktif meneroka pendekatan baharu dan mengadaptasi cabaran bencana alam, bagi melindungi pendapatan pekebun serta menjamin bekalan nanas berkualiti untuk pasaran.

Beliau berkata ini termasuk kaedah pencegahan dan mitigasi awal, seperti sistem pengairan dan pembentungan cekap serta pembangunan data yang menyeluruh, pengadaptasian teknologi digital, Internet benda (loT), selain pengunaan dron serta solar.

Seminar anjuran kerjasama LPNM bersama KPKM dan Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia itu disertai kira-kira 400 peserta daripada pelbagai latar belakang termasuk pemegang taruh industri nanas dan pengusaha ladang sebagai medan perkongsian ilmu dan membincangkan penyelesaian cabaran pelbagai isu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan