Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kereta jenis Honda Civic musnah terbakar dalam kejadian di kawasan parkir sebuah apartment di Jalan Jinhold Pisau, Miri, awal pagi tadi.Foto JBPM

Kereta musnah terbakar di kawasan parkir pangsapuri di Miri

MIRI, 28 Jun: Sebuah kereta jenis Honda Civic musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di kawasan parkir sebuah pangsapuri di Jalan Jinhold, Piasau, awal pagi tadi.

Menurut Komander Operasi, Abdul Rahman Rosliee, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral menerima panggilan kecemasan pada jam 3.21 pagi. Sebuah jentera bersama lapan anggota dikerahkan ke lokasi dan tiba kira-kira sembilan minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan 80 peratus bahagian hadapan kenderaan dan berjaya dipadam sepenuhnya menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air dari tangki jentera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.00 pagi.

Turut berada di lokasi kejadian ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan lanjut. Punca kebakaran masih dalam siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan