Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail Bernama

Keamanan, keharmonian masyarakat, prasyarat capai Maqasid Syariah – Mohd Na’im

ByBernama

KUANTAN, 28 Jun: Keamanan dan keharmonian dalam masyarakat ialah prasyarat penting untuk merealisasikan Maqasid Syariah serta memastikan kestabilan sesebuah negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata murabbi ummah atau pembimbing masyarakat perlu memainkan peranan penting supaya lima teras utama Maqasid Syariah, iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta dapat dicapai sepenuhnya.

“Kita tidak mahu masyarakat terus dimomokkan dengan agenda sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar fitnah, adu domba apatah lagi lebih ekstrem sehingga tahap saling mengkafirkan sesama umat Islam.

“Segala kesumat kebencian perlu dileraikan dengan nilai rahmah dan kasih sayang. Marilah kita bersama-sama membangunkan negara berasaskan nilai Islam dan peradaban tinggi,” katanya ketika berucap pada program Jelajah MADANI Ulama dan Umara (JMUU) Zon Timur bersempena dengan Karnival Al-Falah MADANI di Masjid Jamek Beserah, di sini hari ini.

Beliau dalam masa sama turut menyeru murabbi umah untuk terus berganding bahu dengan pimpinan negara dalam mendidik dan membina masyarakat yang mengamalkan nilai hormat dan ihsan terhadap semua rakyat di negara ini.

Pada majlis itu, Mohd Na’im turut menyampaikan Anugerah Tokoh Imam Mithali, Anugerah Tokoh Guru Takmir Mithali dan Anugerah Tokoh Guru KAFA Mithali kepada sembilan penerima yang terpilih bagi negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Setiap penerima anugerah membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,000 seorang dan sijil penghargaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan