Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Fahmi FadzilĀ  berkata demikian pada Program Nadi Aspirasi Nasional Bersama Anak Muda (NANBA) di sini, hari ini. Foto Amirudin Shah (TVS)

Isu penipuan, judi dan kandungan terlarang fokus perbincangan antara MCMC-Telegram

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa pihak Telegram akan hadir ke Kuala Lumpur pada minggu ini bagi mengadakan perbincangan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Perbincangan itu, kata Fahmi, akan melibatkan pelbagai isu termasuk penipuan dan judi dalam talian, kandungan berunsur penderaan seksual kanak-kanak, pornografi, serta pelanggaran hak cipta seperti filem dan episod televisyen yang tersebar melalui saluran dalam aplikasi itu.

ā€œTelegram mempunyai jumlah pengguna mencecah 1 bilion, namun jumlah pekerja mereka mungkin sekitar 50 orang. Mereka akui banyak perkara dilakukan secara automatik ataupun menggunakan kecerdasan buatan (AI).

ā€œTetapi, undang-undang berbeza di setiap negara. Contohnya, di Malaysia, judi dalam talian tidak dibenarkan.

ā€œTapi mungkin di Vietnam ataupun beberapa negara lain, ia dibenarkan. Jadi, di situlah kita lihat perlu ada perbincangan lanjut tentang pelaksanaan dan pematuhan platform Telegram terhadap undang-undang Malaysia,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Nadi Aspirasi Nasional Bersama Anak Muda (NANBA) di sini, hari ini.

Pada 19 Jun lepas, MCMC dilaporkan telah mengambil tindakan tegas terhadap dua saluran di platform Telegram iaitu ‘Edisi Siasat’ dan ‘Edisi Khas’ yang didapati menyebarkan kandungan memudaratkan serta melanggar peruntukan undang-undang negara.

Dalam pada itu, Fahmi berkata judi dalam talian merekodkan pelanggaran undang-undang paling tinggi, iaitu 51 peratus daripada semua kandungan yang diturunkan di pelbagai platform.

Katanya, Facebook dikenal pasti sebagai platform yang paling banyak memaparkan iklan berkaitan judi dengan beliau beranggapan aplikasi itu sebagai ā€˜pesalah terbesar’ dalam isu tersebut, diikuti oleh platform lain seperti TikTok.

Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis itu, Fahmi berkata sebanyak 173,642 kandungan diturunkan penyedia platform media sosial sejak 1 Januari tahun ini hingga semalam, dengan lebih separuh daripadanya adalah judi dalam talian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan