Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

Iran isytihar hari berkabung negara sempena pengebumian pegawai tertinggi tentera

ByBernama

TEHRAN, 28 Jun: Iran mengisytiharkan hari berkabung negara pada Sabtu sempena upacara pengebumian beberapa pegawai tertinggi tentera yang terbunuh akibat serangan Israel dalam konflik baru-baru ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Penyiar negara IRIB yang memetik pejabat gabenor bandar melaporkan bahawa pihak berkuasa Tehran akan ditutup pada hari berkenaan bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan dan menghadiri upacara berkenaan.

Israel telah menyasarkan dan membunuh lebih 20 pegawai tertinggi tentera semasa perang 12 hari, termasuk ada yang dibunuh di kediaman mereka.

Antara yang paling terkenal dalam kalangan mereka yang terkorban akan dikebumikan di Tehran pada Sabtu, iaitu Ketua Turus Mohammed Bagheri, Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Hussein Salami dan Ketua Bahagian Aeroangkasa IRGC Jeneral Amir-Ali Hajidzadeh.

Pegawai tentera kanan lain akan dikebumikan dalam majlis yang dianjurkan pihak berkuasa di bandar asal masing-masing termasuk di Qom, Hamedan dan Mashhad.

Perarakan pengebumian dijadual bermula pada pukul 8 pagi waktu tempatan (0430 GMT) di Dataran Revolusi, menurut laporan itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan